Youth Math-Anda dan Adi Putra Genius Matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada saudara yang sentiasa mengikuti blog Minda Genius Matik.

Hari ini,kita akan MEMBONGKAR rahsia budak 'GENIUS MATH',dikenali Adi Putra.

Persoalannya:
Bagaimana, sekiranya saya mengatakan anda juga boleh GENIUS MATH dengan PANTAS seperti adik Adi Putra!!!

Sebelum saya membongkar rahsia JALAN PANTAS Genius Math,kita mesti perlu ketahui dahulu biodata adik Adi Putra supaya kita mengetahui kenapa adik Adi Putra menjadi kebanggaan Malaysia.


Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Belajar di : ‘Home Schooling’ - Persediaan menghadapi A-Level/ O-Level.
Sedang mengikuti Kelas Tahfiz Al-Quran. Mengikuti Program
Intensif Bahasa di Centre Modern Language
Shah Alam (CML) & di STANDARD LANGUANGE
CENTRE ( Bahasa Perancis & Jepun).
Cita-cita : Professor Matematik Islam

Idola : Allahyarham Senator Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
( Seorang Professor Buta )
Impian : Bila besar nanti…InsyaAllah;
1)Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap
untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
2)Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-
negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.
Visi : UNTUK MEMBANGKITKAN SEMULA UMMAH

Misi : Untuk memupuk anak-anak kecil yang mempunyai hati yang
terang dengan ilmu Matematik ke arah pelapis Modal Insan yang
hebat dan kreatif.
Anugerah :
1) Ikon Matematik – oleh Jabatan Matematik Universiti Pertanian Malaysia 2006.
2) Tokoh Kanak-Kanak ( Bhg Akademik ) TV3 2007.
3) Tokoh Kanak-Kanak Maulidur-Rasul peringkat Negeri Terengganu 2007.
4) Dilantik menjadi role model KEMAS oleh Dato Seri Aziz Shamsudin.
5) Dilantik Ikon Inspirasi oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 2008 & 2009.
6) Tokoh Generasi Masa Hadapan - Tokoh Kepenggunaan Islam (TOKI) 2008 oleh
Persatuan Pengguna Islam seMalaysia (PPIM).
7) Dilantik Ikon Membaca 2008 oleh Perpustakaan Negara
8) Dianugerahi TOKOH MATEMATIK ISLAM ABAD INI oleh Universiti Riau, Indonesia (UNRI) 2009.
Pencapaian :
1) Mencipta Modul Sifir 10jam Matematik untuk Sekolah Rendah.
2) Mencipta formula/kaedah baru dalam Matematik.
( Sehingga kini sudah berjumlah 223).


Kita akan bersambung..

No comments:

Post a Comment