Youth Math-Anda dan Adi Putra Genius Matematik

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada saudara yang sentiasa mengikuti blog Minda Genius Matik.

Hari ini,kita akan MEMBONGKAR rahsia budak 'GENIUS MATH',dikenali Adi Putra.

Persoalannya:
Bagaimana, sekiranya saya mengatakan anda juga boleh GENIUS MATH dengan PANTAS seperti adik Adi Putra!!!

Sebelum saya membongkar rahsia JALAN PANTAS Genius Math,kita mesti perlu ketahui dahulu biodata adik Adi Putra supaya kita mengetahui kenapa adik Adi Putra menjadi kebanggaan Malaysia.


Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Belajar di : ‘Home Schooling’ - Persediaan menghadapi A-Level/ O-Level.
Sedang mengikuti Kelas Tahfiz Al-Quran. Mengikuti Program
Intensif Bahasa di Centre Modern Language
Shah Alam (CML) & di STANDARD LANGUANGE
CENTRE ( Bahasa Perancis & Jepun).
Cita-cita : Professor Matematik Islam

Idola : Allahyarham Senator Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
( Seorang Professor Buta )
Impian : Bila besar nanti…InsyaAllah;
1)Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap
untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
2)Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-
negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.
Visi : UNTUK MEMBANGKITKAN SEMULA UMMAH

Misi : Untuk memupuk anak-anak kecil yang mempunyai hati yang
terang dengan ilmu Matematik ke arah pelapis Modal Insan yang
hebat dan kreatif.
Anugerah :
1) Ikon Matematik – oleh Jabatan Matematik Universiti Pertanian Malaysia 2006.
2) Tokoh Kanak-Kanak ( Bhg Akademik ) TV3 2007.
3) Tokoh Kanak-Kanak Maulidur-Rasul peringkat Negeri Terengganu 2007.
4) Dilantik menjadi role model KEMAS oleh Dato Seri Aziz Shamsudin.
5) Dilantik Ikon Inspirasi oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 2008 & 2009.
6) Tokoh Generasi Masa Hadapan - Tokoh Kepenggunaan Islam (TOKI) 2008 oleh
Persatuan Pengguna Islam seMalaysia (PPIM).
7) Dilantik Ikon Membaca 2008 oleh Perpustakaan Negara
8) Dianugerahi TOKOH MATEMATIK ISLAM ABAD INI oleh Universiti Riau, Indonesia (UNRI) 2009.
Pencapaian :
1) Mencipta Modul Sifir 10jam Matematik untuk Sekolah Rendah.
2) Mencipta formula/kaedah baru dalam Matematik.
( Sehingga kini sudah berjumlah 223).


Kita akan bersambung..

MGM roadshow-Pesta Minda Ke-2 2010

0 comments










Tarikh : 24 – 26 Jun 2010

Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu

Tempat :

1) Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntong, Jerteh, Terengganu.

2) Padang Astaka Jerteh, Kg Gong Kemuntong, Jerteh, Terengganu.


*Pesta Minda 2010 membawa anda untuk menghayati keindahan dan kehebatan minda. Pelbagai pameran dibuka dari jam 8:00 pg hingga 10:00 mlm serta banyak aktiviti-aktiviti menarik disediakan. Datanglah beramai-ramai untuk sama-sama memeriahkannya.

JUMPA ANDA DI SANA!!

Tentatif Pesta Minda Ke-2 2010

Challenge Your 1 Brain , 1 Malaysia!!!

PELUANG ANDA!!!CHALLENGING YOUR BRAIN!!

0 comments



Digandakan RM 75, 000 (WANG TUNAI) + RM 5, 000 (PIALA REBUTAN)


CABAR MINDA ANDA DAN MENANGI HADIAH YANG LUMAYAN INI!!



Majalah MgM Edisi 2

0 comments



Digandakan RM 50, 000 (WANG TUNAI) + RM 5, 000 (PIALA REBUTAN)


ALHAMDULILLAH SELESAI DAN TERUSKAN EDISI 3 DGN GANJARAN YG LEBIH LUMAYAN!



Majalah MgM (Minda Genius Matik)

0 comments


1. Majalah Matematik seumpama ini yang pertama dalam Dunia
2.Ditulis dan diterbit oleh orang Melayu (beragama Islam)
3.Diterbitkan 1 1/2 bulan sekali
4.Banyak 'Ilmu Matematik yang tidak pernah diketahui oleh tuan puan, terdapat di dalam Majalah ini'.
5.Penguasaan 'Ilmu Matematik yang lebih luas, mendalam dan lebih pelbagai dalam Matematik. Menjana Kebijaksanaan berfikir "BERTARAF DUNIA"'.
6.Meningkatkan Minat, Keseronokan Belajar dan seterusnya meningkatkan Prestasi pelajar dalam subjek Matematik
7.Membaca (Mengira dan Menyelesaikan Masalah) adalah JAMBATAN ILMU, menuju kejayaan dan kecemerlang Negara ke peringkat Global
8.Hadiah yang SANGAT LUMAYAN dalam SAYEMBARA MATEMATIK terdapat di dalam Majalah ini
9.Berwarna sepenuhnya, dilengkapkan dengan sekeping CD bagi setiap naskhah

EDISI 2

1 comments


MENANGI HADIAH YANG LEBIH LUMAYAN dalam SAYEMBARA MgM 2



i.Berwarna Sepenuhnya
ii.Disertakan sekeping CD bagi setiap naskhah
iii.Akan diterbitkan pada 7/10/09
iv.Boleh mula dilanggan mulai dari sekarang : akan dihantar melalui Pos Laju, sampai dalam masa 3 - 5 hari, InsyaAllah
v.Langganan boleh dibuat secara Pos atau Fax dengan menggunakan Borang Langganan Majalah MgM
vi.Sangat sesuai berada di dalam Perpustakaan Sekolah Menengah / IPGM / Pusat - pusat Pengajian Tinggi dan lain-lain sebagai bahan bacaan tambahan dalam 'ilmu matematik BERTARAF DUNIA.'

HADIAH SAYEMBARA MgM 2 meningkat sekali ganda menjadi RM 50, 000 + sebuah PIALA REBUTAN bernilai RM 5, 000



LANGGANILAH SEGERA!!!


DAH TAMAT DAN SELESAI.ALHAMDULILLAH.TERUSKAN DGN EDISI 3.

Dari Meja Pengarang @ Penerbit

2 comments


Alhamdulillah , ucapan setinggi – tinggi rasa keSYUKURan kepada Allah
SWT kerana dengan TAUFIK , ' INAYAH serta ke IZINanNya maka cita –
cita dan hasrat yang sekian lama terpendam akhirnya terjelma menjadi realiti
iaitu dengan terhasilnya MAJALAH MgM ini , Alhamdulillah ! Selawat dan
Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , pembawa Obor
Tauhid , Agama Islam yang Maha Suci ke seluruh Alam , serta para Keluarga
dan Sahabat Baginda .

Majalah ini mempunyai MISI dan VISI yang tersendiri iaitu untuk menambah
dan mempertingkatkan MOTIVASI , MINAT dan keSERONOKan belajar
matematik melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik yang
bermakna , berkesan serta menyeronokkan dengan menginfusi dan
mengintegrasikan adunan , ramuan , bunga -bungaan , perencah dan rempah
ratus serta Sentuhan-Sentuhan Rekreasional dalam pembelajaran matematik
berTaraf Dunia , InsyaAllah . ( Sila rujuk OBJEKTIF Majalah & Sayembara
MgM ) .

Majalah ini pada hemat saya mempunyai keunikan dan kebitaraan yang
tersendiri kerana ia menyediakan satu PENTAS untuk pembaca menunjukkan
bakat dan kebolehan serta kebijaksanaan dalam Penyelesaian Masalah
Matematik melalui SAYEMBARA MgM yang sekaligus menawarkan

HADIAH – HADIAH yang sangat lumayan (RM 50, 000 + PIALA REBUTAN bernilai RM5, 000)


kepada sesiapa yang berjaya
menjawab betul kesemua soalan ( item ) yang dikemukakan . Jangan
ketinggalan !! . Rebutlah peluang keemasan ini !.

Majalah MgM ini akan menemui para pembaca setiap 1 ½ bulan sekali .
arapan semoga para pembaca yang budiman sekalian dapat memanfaatkan
majalah ini ke tahap yang paling optimum bagi merealisasikan moto :

“ MATEMATIK MODAL INSAN NEGARA ”

Pengarang @ Penerbit amat – amat mengharapkan semoga Allah SWT
menjadikan usaha kami ini sebagai satu sumbangan ikhlas ke arah
pemerkasaan dan pemantapan minda , kognitif dan keintelektualan
masyarakat Malaysia ke Taraf Dunia , selaras dengan tuntutan kata – kata
kunci dalam Al – Quran iaitu :
Tatazakkarun , Tatafakkarun , Ya'aqilun , Tatadabbarun dan Ulul Albab
khususnya dalam ke ' ilmuan matematik sebagai satu Fardhu Kifayah untuk
membangun dan membina Tamadun Negara ke tahap yang tertinggi dalam
bidang Sains dan Teknologi.

“ Mathematics is the foundation of science and technology.
Without strong maths , there can be no strong sciences ”

- Everybody Counts ; USA

"One small step of a man , a giant leap for mankind"
-Neil Armstrong

InsyaAllah!


Silalah langgani Majalah kami dan Selamat Membaca dan berSayembara !

Ikhlas & Salam Hormat ,
Executive Chaiman,Motivator,Consultant
HJ. OMAR BIN HAMAT